Assalamualaikum W.B.T.
Bila sebut tentang percutian, terbayang la Korea, Jepun, Istanbul, China, London dan sebagainya. Tapi bagi saya, percutian idaman saya adalah bersama seluruh family saya. Bercuti bersama suami, anak, mak, adik beradik & keluarga ipar. Walaupun percutian itu dalam negara tapi kalau semua insan yang saya sayangi ada, itu sudah cukup menggembirakan saya.
Tapi saya tetap ada 1 tempat yang saya idamkan untuk pergi bercuti bersama semua ahli keluarga saya iaitu MEKAH. Ya, sana tempat ibadah bukan tempat bercuti tapi saya tetap nak ke sana untuk mengerjakan UMRAH & seterusnya bercuti di sana. Tak salah rasanya kita pergi berjalan2 di sana selepas selesai ibadah UMRAH. Kan?
Mak & mak mertua saya mesti insan yang paling gembira bila sapat datang ke Mekah. Macam mak saya, beliau belum pernah lagi menjejakkan kaki di Tanah Suci. Mseti percutian ini menjadikan beliau teruja & gembira. Mak mertua saya pula pernah mengerjakan umrah tapi beliau selalu kata nak pergi lagi. Pecutian ini pasti akan memenuhi keinginannya untuk datang lagi ke Tanah Suci. Kalini bersama insan tersayang. Mesti lagi bermakna.
Saya yakin & nekad, saya pasti akan dapat & mampu bawa semua insan yang saya cintai ke Tanah Suci! Shaklee pun kadang2 ada beri Conventional Bonus ke Mekah untuk mengerjakan Umrah taw! Saya akan pastikan saya pergi bersama Shaklee!
SUHAIDA SALIM
972248
013 984 1712

No comments:
Post a Comment