Thursday, 11 May 2017

RUMAH IDAMAN SAYA!

Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu lagi kita kali ini. Harini saya tak nak bercerita tentang produk Shaklee tapi saya nak cerita atau kongsi dengan kawan2 saya rumah yang saya idam untuk miliki. Saya percaya 1 hari nanti saya pasti duduk di rumah idaman saya bersama keluarga tercinta saya.

Tapi sebenarnya, rumah idaman saya tu betul2 jadi idaman saya bila mak & adik2 saya turut tinggal dengan saya. Walaupun rumah idaman ni akan dibeli atas nama saya, saya nak mak saya rasa itu adalah rumahnya & saya hanya menumpang. Tak layak sebenarnya saya miliki rumah besar jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mak ayah saya.


Inilah gambaran rumah idaman saya. Saya suka rumah 1 tingkat. Saya ta k suka rumah 2 tingkat. Bukan apa, bila rumah 2 tingkat ni, atas mesti bilik kan? Bila bilik kat atas, bila anak saya dah besar nanti, dia mesti banyak habiskan masa dalam bilik. So dia akan duduk di atas sahaja. Saya tak suka begitu. Saya tak tahu apa yang dia lakukan di bilik bila dia atas, saya di bawah sibuk menguruskan rumah.

Bila rumah 1 tingakat ni, saya dapat juga perhatikan apa anak saya buat. Jika nak minta tolong apa2, tak perlulah saya nak menjerit2...hehe... Pergaulan sesama ahli keluarga pun lebih mudah & mesra. Bilik di ats ni mendorong anak untuk menyendiri. Yalah, bila semua dah kat bawah, dia sorang2 kat atas...hehe

Dan 1 agi, saya suka rumah bertembok & berpagar. Bukan sebab saya anti sosial ye...hehe... Pada saya, bila ada tembok & pagar ni rasa sikit privacy nya nak dibanding rumah tak bertembok & berpagar. Yang paling penting, ada parking lot dalam rumah. Bila rumah semewah ni, kereta pun mesti mewah...hehe... So biarlah kat dalam. Mahal2 beli tapi dibiarkan parking di luar. Bukan mudah weyh cari duit...hehe

Rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ni. Ini hanya pandangan peribadi saya. Setiap orang ada rumah idaman sendiri & sebab pilih rumah seperti itu sebagai idaman. Yang penting, rumah tu selesa untuk semua. Kecil besar bukan ukuran tapi ikatan kasih sayang dalam rumah yang penting. kan? Betul x?



Jangan lupa dapatkan SET MIGHTY 3 GEMS Shaklee yang popula menjelangnya Ramadhan.

Suhaida Salim
972248
013 984 1712

No comments:

Post a Comment

JOM BERKENALAN DENGAN VITA C PLUS SHAKLEE!

Assalamualaikum W.B.T. Apa ni? Inilah Sustained Release Vita C Plus. Jom kenal lebih rapat dengan Vita C Shaklee ni! APAKAH PERB...